Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih
baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa
disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di
bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga
pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula)
keredaan dari Allah. (Al-Imran:15)
Demikianlah keadaann...ya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (Ad-Dukhan:54)
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya. (Al-Waqi’ah:22)
Sesungguhnya
Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh). (Al-Waqi’ah:35-36)
Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (Sad:52)
Di
dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya
tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh
sebelum mereka oleh manusia dan jin; maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari
itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (Ar-Rahman:56-58)
Sedang
di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan
pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya.
(As-Saffat:48)
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (Ar-Rahman:70)
Ia
itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal
masing-masing; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan? (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh
sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (Ar-Rahman:72-74)
No comments:
Post a Comment