Wednesday, 30 November 2011

Bidadari syurga

Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah. (Al-Imran:15)

Demikianlah keadaann...ya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (Ad-Dukhan:54)
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya. (Al-Waqi’ah:22)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh). (Al-Waqi’ah:35-36)

Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (Sad:52)

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (Ar-Rahman:56-58)
Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (As-Saffat:48)
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (Ar-Rahman:70)
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (Ar-Rahman:72-74)

Thursday, 20 October 2011

Tanda-tanda cinta semakin pudar

1. Malas angkat telefon..
Pape hal asyik cakap malas, malas, malasss jer..
2. Bila ajak keluar, asyik busy memanjang..kalah YB.
3. Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati.
4. Mula menggelakkan diri dari bejumpa.
5. Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus.
6. Bila dah janji date, tapi lupa nak datang..alasan lapuk diberi..lupa l...arr..tertido.
7. Apa kita buat dah tak betul dimata dia.
8. Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan.
9. Taip sms pun pendek2 je.
10. Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘errrmmm..” jer.
11. Bagi alasan.. “awak nie terlalu baik untuk saya..saya tak layak untuk awak..”..
masa ngorat kita dulu xde pulak timbul hal tu.
12. Bila ajak jumpa parent, macam2 cara dia cuba menggelak.busy.
13. Dah jumpa parent pun alasan banyak, nak cakap hal “kahwin”..?? Insyallah kalau de jodoh. kejap jer dia tuka topic.
14. Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita.
15. Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu.
16. Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’.
17. Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang
dah taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang.
18. Dulu sanggup tolak ajakan kawan semata-mata nak keluar dengan kita.. tp
sekarang dah terbalik.
19. Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,..katanya hpcepat panas.

Wednesday, 10 August 2011

Nur Ashiekin


jangan dibangga dengan kecantikan luaran, 
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
 tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman
 agar diri bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi..