Friday, 22 June 2012
Thursday, 21 June 2012
Rahsia wajah berseri
Tipsnya Senang Sahaja .Tak Perlu Beli Pencuci Muka Yang Mahal - Mahal Pun :-
1 - Bangun awal pagi untuk solat subuh . Air wuduk yang mengenai muka boleh menegangkan kulit .
2 - Menunaikan solat zohor di tengah hari . Air wuduk yang mengenai muka boleh mencerahkan mata .
3 - Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang . Air wuduk yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang .
4 - Tidak berlengah untuk solat maghrib . Air wuduk yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut .
5 - Sentiasa ingat solat Isya' di waktu malam . Air wuduk yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran .
Friday, 1 June 2012
Perlukah sebab untuk aku mencintaimu ??
Cinta tak mungkin dapat dizahirkan dengan perkataan, kerana cinta itu hanya dirasa di dalam hati. Cinta yang lahir dari bibir, belum tentu dizahirkan dalam hati kerana cinta itu tidak sempurna..
Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
aku : Mengapa awk menyukai saya? Mengapa awk cintakan saya?
dia : saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!
aku : awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awk sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.
dia: Betul! sya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!
aku : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak awk terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu awak tidak boleh terangkan sebabnya
Si dia menarik nafas panjang dan dia berkata"Baiklah! sya mencintai awak sebab awak cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati sya selalu. sya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta sya bersama awak!"
Namun begitu selang beberapa hari si aku mengalami kemalangan dan koma. Si dia amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada si aku yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil si aku di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang…
Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."
Subscribe to:
Comments (Atom)